KUALA LUMPUR, 6 FEB: Kira-kira 4,000 kediaman yang terjejas akibat banjir di Hulu Langat pada Disember tahun lalu akan dibaik pulih manakala 17 unit rumah dibina semula, kata pegawai daerahnya.
SHAH ALAM, 3 FEB: Sebanyak 10,510 rumah mangsa banjir di Selangor pada Disember tahun lalu akan dibaik pulih manakala 44 dibina baharu, kata Dato' Menteri Besar.
KUALA LUMPUR, 26 JAN: Peristiwa banjir besar melanda Hulu Langat dekat sini pada 18 Disember lepas bukan sahaja menjejaskan kediaman dan harta benda penduduk malah secara tidak langsung turut 'memusnahkan' lokasi pilihan kru penerbitan untuk penggambaran drama atau filem bagi menampilkan latar suasana desa tanpa perlu bergerak jauh.
SHAH ALAM, 22 JAN: Kerja baik pulih jalan dan tebing sungai yang rosak sekitar Hulu Langat akibat banjir Disember tahun lalu siap sebulan lagi, kata EXCO infrastruktur.
SHAH ALAM, 7 JAN : Seramai 3,593 keluarga terjejas banjir di Hulu Langat menerima bantuan berjumlah RM1,000 setakat semalam, kata pegawai daerahnya.
SHAH ALAM, 4 JAN: Penubuhan jawatankuasa penyelarasan pascabanjir di Hulu Langat memudahkan kerja pembersihan, kata pengarah urusan KDEB Waste Management (KDEBWM).
HULU LANGAT, 29 DIS: Proses pembersihan kesan banjir di Hulu Langat perlu diberi lebih fokus susulan keadaannya yang paling teruk terjejas akibat kejadian itu.
SHAH ALAM, 28 DIS: Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata banjir di Hulu Langat berpunca daripada kepala air yang turun dari kawasan pergunungan sekitar.
SHAH ALAM, 28 DIS: Beberapa jalan sekitar daerah Hulu Langat akan ditutup selama dua jam setiap Isnin hingga Khamis bagi memudahkan urusan kerja-kerja pembersihan sampah pascabanjir di Selangor.
KUALA LUMPUR, 27 DIS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menempatkan lima buah khemah bantuan banjir di Daerah Hulu Langat, dekat sini, sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua banjir di kawasan berkenaan.
SHAH ALAM, 27 DIS: Operasi besar-besaran untuk mengangkut sampah dan sisa banjir di beberapa kawasan terjejas di Hulu Langat berjalan selama dua hari sehingga esok, kata pengarah urusan KDEB Waste Management (KDEBWM).
SHAH ALAM, 26 DIS: Jalan utama ke Sungai Lui, Hulu Langat dekat sini akan ditutup esok untuk tujuan mengangkut dan membersihkan sampah di daerah itu.
HULU LANGAT, 23 DIS: Sejumlah RM2 juta daripada peruntukan Selangor Bangkit disalur ke Hulu Langat bagi memulihkan semula sebahagian besar daerah itu yang terkesan banjir.
KUALA LUMPUR, 21 DIS: Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2 beroperasi sepenuhnya dan bekalan air bagi 70 kawasan yang terjejas akibat henti tugas loji itu pulih sepenuhnya, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).
SHAH ALAM, 24 NOV: Seramai 200 keluarga asnaf daerah Hulu Langat menerima bantuan kewangan serta barangan asas daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) semalam.
HULU LANGAT, 13 NOV: Lebih 400 individu mendapat pekerjaan pada program Jejalah Selangor Bekerja menerusi tiga siri jejalah setakat ini.
HULU LANGAT, 3 OKT: Kes demam denggi di Hulu Langat menunjukkan penurunan lebih 80 peratus setakat September tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.
BANGI, 30 SEPT: Seramai 20,302 remaja sekitar Hulu Langat selesai menerima dos pertama pelalian di Pusat Konvensyen Bangi Avenue di sini sejak 23 September.
SHAH ALAM, 17 SEPT: Lima kawasan di Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 28 September ini dengan jangkaan pemulihan sepenuhnya dua hari kemudian.
SHAH ALAM, 8 JUN: Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di empat daerah mengalami perubahan butiran melibatkan lokasi, waktu operasi dan nombor telefon.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.